LOS ANGELES: Tiger Woods mengambil langkah luar biasa apabila mengesahkan hubungannya dengan bekas menantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui satu hantaran ringkas di media sosial, hari ini.
Bintang golf, Woods yang terkenal kerana menjaga kehidupan peribadinya selama ini mengesahkan dalam satu hantaran di laman X dia sedang bercinta dengan Vanessa Trump, bekas isteri Donald Trump Jr.
"Kasih sayang sedang bersemi dan hidup lebih indah dengan anda di sisi," tulis Woods dalam kapsyen di atas dua foto dirinya bersantai bersama Vanessa.
"Pada masa ini, kami menghargai privasi bagi semua yang dekat di hati kami."
Hantaran itu dibuat selepas beberapa minggu khabar angin tersebar di akhbar tabloid mengenai pasangan itu.
Vanessa yang bercerai dengan Donald Trump Jr pada 2018 selepas 13 tahun berkahwin, turut memuat naik gambar bersama Woods di akaun Instagramnya dalam satu pengumuman yang kelihatan dirancang.
Pengumuman itu suatu ketika dahulu pasti sukar dibayangkan bagi Woods, yang terkenal kerana menamakan kapal layar mewahnya sebagai 'Privacy.'
Kehidupan peribadi Woods pernah terdedah secara meluas akibat skandal seks pada 2009, yang menggugat kariernya dan mencetus kehancuran perkahwinannya selama enam tahun bersama Elin Nordegren, ibu dua anaknya.
Nordegren dan Woods berpisah selepas pendedahan mengenai kecurangan berulang bintang golf itu dengan laporan mendakwa dia menjalin hubungan dengan seramai 120 wanita sepanjang perkahwinannya. – AFP
Related News
11 Jun, 2025
Falkirk council leader 'devastated' as A . . .
17 Jun, 2025
Nepal Register Unwanted Record! Becomes . . .
27 Mar, 2025
Welsh Olympic boxer dies just days after . . .
26 May, 2025
Sports News | Olympic Swimmer from Russi . . .
23 Jun, 2025
Sporting teams that won their first titl . . .
24 Apr, 2025
I thought my face had been ripped off af . . .
13 Feb, 2025
Nagassar was re-elected as President of . . .
11 Feb, 2025
Aussies will not pressure in-form Smith . . .